Powered by Blogger.

Saturday, April 30, 2011

maaf

Ungkapan itu mungkin terlalu berat untuk diluahkan. Tak tahulah ego tahap mana yang meraja dalam diri. Susah sangatkah mahu dibebaskan dari sangkar hatimu itu? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Dengan akal sekali lagi bagus. Moga jernih air yang keruh.

Jangan memilih siapa dia. Perlukah dimaafkan atau tidak. Cermin diri. Muhasabah. Sempurnakah kita?
Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan ukhuwah tersebut mampu kukuh?

Mengalah bukan bererti kalah

Andai dia tidak mahu memaafkan, kamulah yang perlu mengambil langkah pertama. Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hatimu yang terluka. Leburkan egomu sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.

What you give, you get back. Itulah konsepnya. Moga-moga dengan sikapmu yang berhati mulia itu boleh melembutkan hatinya untuk meminta maaf kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah air. :)

dengar tuh meklah?????renung renugkan dan selamat beramal.


sedangkan binatang pon reti nak mintak maaf,kau meklah??
tak gheti gheti ke??


sorry doesn't  mean they're right and you're wrong.
It means you value your relation more than your ego

akhir kata,


2 comments:

Unknown April 30, 2011 at 5:52 AM  

kematanganmu terserlah dalam ini entry=)

kemaafan adalah dendam yg terindah

  © Bella's copyright by meklah c:

scroll ke atas